Flowchart: Alternate Process: BAHASA MELAYU TAHUN 3
Oleh: Khairul Afandi B. Lokman
MARI MENGENAL KATA NAMA

KATA NAMA

 

Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan

 

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.

haiwan: ayam, itik, buaya dll.

benda: televisyen, komputer, bank dll.

tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:

diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita

diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba

diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Text Box: LAMAN UTAMA
Text Box: KATA NAMA
Text Box: KATA KERJA
Text Box: LATIHAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila kemukakan ke alamat: fendi_mpip05@yahoo.com