Make your own free website on Tripod.com

Tutup
 
::Sebuah Syakirah::

Sebuah syakirah
terjerat dengan pertanyaan sendiri
terus bercakapan dan bercakaran
sehingga tercalar perasaan
yang terkadang realiti
yang terkadang fantasi.

Sebuah syakirah
kini segala persoalan telah terungkai
tiada lagi resah di sanubari
zigot, fetus, dan embrio
akhirnya membentuk belia baru.

Sebuah syakirah
sepasang insan mulia bergelar ibu dan bapa
sedia setia menggalas amanah-Nya
sehingga tiba detik kelahiran
di gubuk restu yang Maha Esa.

Sebuah syakirah
akhirnya terselit sebuah pertemuan
ketika diri masih terkesima dan takjub
suatu kewujudan
suatu kejadian
inilah sebuah kelahiran di bingkai cermin duniawi.

 

  KaryaOnline Sdn. Bhd. 2001-2004