Make your own free website on Tripod.com

Tutup
 
::Zaman Cemerlang Dunia::

Di zaman siber ini
kau bermaharajalela
walau kau hanya mesin kaku
tetapi kerana kau negara makin maju dan celaru
tatkala manusia mengejar wawasan
kau dicipta ke bumi ini
yang penuh dengan warisan
kelahiran kau merubah dunia sama sekali
teknologimu menyerlah kecanggihan
mengautomasi alaf baru
tiada batasan fikir
segala wira internet menghujam namamu
kalau dulu kau dipandang remeh saja
tapi kini kau dipuja bagaikan maharaja
lagakmu bagai saintis kota
virusmu tidak ketemu ubatnya
dan bantuanmu tidak terbalas jasa
sekali gus menyebabkan kau megah
tapi tanpamu
pasaran kerjakan lebih sengit
saluran maklumatkan lebih sempit
ekonomi negara lebih perit
dan negara mungkin jatuh sakit
bergabung sudah sains dan teknologi
tercipta kau serba canggih
semua tugas kau ambil alih
dunia tampak lebih berseri
kehadiran kau bukan dinanti
bukan dimimpi
tetapi seluruh dunia menjadi saksi
menyaksikan kelahiran
kaulah komputer ke bumi ini menggantikan gergasi
kini teknologi maklumat digital
mengunyah sang peneroka dan peramal
melonjak minda profesional
di menara berkembar akal
inilah zaman cemerlang dunia
di persada alaf ketiga.

 

  KaryaOnline Sdn. Bhd. 2001-2004