Make your own free website on Tripod.com

Tutup
 
::Episod Awal Flora::

Episod pertama yang bertuah
pawana mengalunkan zikir percambahan
tercicir biji menginjak bumi
perjuangan menakluk dunia
terlerai simpul testa
oleh usapan dingin H2O
pecah diterjah kudrat kehidupan
radikel menghela nafas pertama

Hari kedua yang gah
radikel semakin megah
merantau serata daerah

Hari ketiga…
plumul diajak menggapai sinar
teguh jika bertunjang
akar ulung menjejak bumi
radikel menghadap getiran juang
biarkan hipokotil dipanah mentari
menjulang kotiledon
epigeal kian cemerlang
atau dengan pilihan hipogeal
biarkan kotiledon terbenam

Hari keempat..
teguh jika bertulang
tunas ulung merentang angin
riang menyaring CO2
jerih kotiledon merimbunkan harapan
yang membariskan doa
tegakkan flora

 

  KaryaOnline Sdn. Bhd. 2001-2004