Make your own free website on Tripod.com

 

 

Penggandaan

 

  1. Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

 

  1. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

 

                                             i.            Gandaan penuh

                                           ii.            Gandaan separa

                                          iii.            Gandaan berentak

                                          iv.            Gandaan makna

 

3.       Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu

 

                                                   i.                  penggandaan penuh

                                                 ii.                  penggandaan berentak

                                                iii.                  pengandaan separa.

 

 

Penggandaan penuh

 

  1. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
  2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
  3. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.

 

Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:

 

Kata nama tunggal

Alat

alat-alat

Budak

budak-budak

Rumah

rumah-rumah

Murid

Murid-murid

Kura

Kura-kura

Makan

Makan-makan

Tadika

Tadka-tadika

  

Kata nama terbitan

Ketua

ketua-ketua

Pekebun

pekebun-pekebun

Makanan

makanan-makanan

Persatuan

persatuan-persatuan

pejuang

pejuang-pejuang

Kedutaan

Kedutaan-kedutaan

 

Penggandaan Berentak

 

  1. Pengulangan kata dasar  mengikut rentak bunyi kata dasar.
  2. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
  3. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
  4. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
  5. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:

i.                     penggandaan suku kata awal

ii.                   penggandaan suku kata akhir

iii.                  penggandaan konsonan

iv.                  penggandaan bersisipan

v.                    penggandaan berakhiran

 

  1. Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
  2. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)

  

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong

Cerai

cerai-berai

Hina

Hina-dina

Sayu

Sayur-mayur

 

 

Rentak pengulangan konsonan

gunung

Gunung-ganang

susap

Susap-sasap

simpang

Simpang-siur

  

 

Penggandaan suku kata awal

Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:

Bukit

bukit-bukau

Warna

warna warni

Batu

batu-batan

  

Penggandaan suku kata akhir

Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.

Contoh:           

Sayur  

sayur mayur

Kuih

kuih-muih

Lauk 

lauk pauk

                             

Penggandaan konsonan

Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah

Contoh: 

Gunung

gunung-ganang

Guruh

guruh-garah

    

Penggandaan bersisipan

Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.

Contoh:

Tali

tali-temali

Gunung

gunung-ganang

Jari

jari jemari

           

 Penggandaan berakhiran

Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.

Contoh:

Sayur

sayur-sayuran

Biji

Biji-bijian

Barang

barang-barangan

      

Penggandaan separa

 

  1. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
  2. Kata tunggal

(a)     Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /

 

Contoh:             

Kata dasar

Penggandaan penuh

Penggandaan separa

laki

Laki-laki

Lelaki

langit

Langit-langit

Lelangit

suatu

Satu-satu

Sesuatu

budak

Budak-budak

Bebudak

siku

Siku-siku

sesiku

 

 

  1. Kata terbitan

(a)     penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.

I.                    Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.

II.                   Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.

 

  1. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)

Kata dasar

Kata terbitan

Kata ganda

bual

Ber + bual

Berbual-bual

cari

Ter + cari

Tercari-cari

gila

Ter + gila

Tergila-gila

borak

Ber + borak

Berborak=borak

akan

Se + akan

Seakan-akan

 

 

 

  1. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

 

Kata dasar

Kata terbitan

Kata ganda

anak

Ber + anak

Anak-beranak

kejar

Men + kejar

Kejar-mengejar

 

 

 

  1. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. (lihat lampiran)

 

Penggandaan Makna

 

  1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:

 

Ipar

ipar duai

Ipar

ipar lamai

Saudara

saudara mara

 

 

 

Makna Penggandaan

 

Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

 

a. menunjukkan banyak

 

buku

buku-buku

ketua

ketua-ketua

jabatan

jabatan-jabatan

gunung

gunung-ganang

bukit

bukit-bukau

 

 

   

b. membentuk nama haiwan

biri-biri

kupu-kupu

kunang-kunang

 

 

c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai

langit

langit-langit (menyerupai langit)

siku

siku-siku (menyerupai siku)

orang

orang-orang (menyerupai orang)

 

         

   

d. Menunjukkan pelbagai jenis

sayur

sayur-mayur

kuih

kuih-muih

saudara

saudara-mara

 

 

                   

     

 

Latihan

 

a. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut:

 

Layang-layang putus talinya

Akan daki gunung-gemunung

Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian

Hutang-piutang beliau belum dibayar

Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik

Jari-jemari para penari itu lembut belaka

Pada waktu malam, api-api berterbangan di angkasa

Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari Negara Cina pada musim sejuk

Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan tebal

Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut sawah itu.

 

b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut:

 

  1. Orang-orang dibuat daripada baju buruk bagi menakutkan burung
  2. Negara Malaysia kaya dengan hasil-hasilan buminya.
  3. Mereka miskin harta benda, tetapi kaya dengan sahabat-sahabat.
  4. Pelajar-pelajar maktab dikehendaki berpakaian kemas apabila keluar dari asrama.
  5. Langit-langit budak itu penuh dengan kudis.
  6. Roda itu mempunyai jejari yang diperbuat daripada aluminium.

 

 

c. beri bentuk gandaan kata nama berikut:

 

  1. hasil
  2. asal
  3. sahabat
  4. pemuda
  5. ibu
  6. datuk

 

 

(kembali ke laman utama)