Bendera Malaysia Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Laman Utama

Berikut adalah pantun pantun yang saya karangkan untuk hiburan anda.

Pantun Pengantin | Pantun Berkasih | Pantun Nasihat
Pantun Berpisah | Pantun Merisik | Pantun Aidilfitri | Pantun Internet | Pantun Pelbagai



 
 
 
 
BERKASIH
Ayam didik mulalah terbang
Ambilkan dedak berilah makan
Jangan cik adik merasa bimbang
Segala kehendak abang tunaikan.
Bawa peti dari Melaka
Berisi pakaian si anak raja
Kalau hati sudahlah suka
Semua keadaan indah sahaja.
Rose
Dihinggap api habis rentung
Kayu alang atapnya ijuk
Buah hati pengarang jantung
Kalau meradang payah dipujuk
Rindu dendam keluh kesah
Seolah sembilu menusuk kalbu
Rinduku dalam hatiku resah
Terasa pilu tidak bertemu
Tunduk malu tidak biasa
Bunga Melati jadi tumpuan
Sehari berlalu setahun terasa
Rindu di hati padamu puan
Ikan batu di atas bara
Pohon selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara
Bila kekasih tiada dimata
Lalu dewata terbang melayang
Habis mati kera dan lontong
Siapa kata saya tak sayang
Penangan hati buah jantung
Pohon senduduk pohon sengkuang
Hinggap penyengat di dalam pasu
Di mana duduk terkenangkan tuan
Luluh semangat letih lesu
Peluh mercik penat berjuang
Hang Jebat duduk beradu
Minta bekal dari puan
Hendak mengubat hati yang rindu
Pak Kaduk menghisap candu
Peluh keringat jari kematu
Di mana duduk di situ merindu
Hanya teringat cinta yang satu
Tuan Puteri di atas biadak
Parasnya cantik gilang gemilang
Pesan tidak cakap pun tidak
Tiba-tiba sahaja menghilang
Tikar mengkuang berbelang-belang
Ayam dara atas pedati
Kasih tuan tidak terbilang
Sudah jelira dalam hati
Budak-budak membuang dedak
Penuh setimba di celah batu
Berdua tidak, bertiga pun tidak
Kasih hamba hanyalah satu
Dicelah tudung bunga terselit
Lembut gebu bunga seroja
Kasih tuan kasih dikulit
Tanam tebu dibibir sahaja
Rumah dikota sangatlah bersih
Tempat bermain orang kaya
Bertentang mata berasa kasih
Jumpa yang lain lupakan saya
Pokok selasih pokok bayam
Dalam kepuk buah berangan
Seorang kasih seorang sayang
Tidak bertepuk sebelah tangan
Rumput ku cantas habis rata
Burung serindik mematuk betik
Beribu melintas di depan mata
Hanya cik adik kupandang cantik
Kunang-kunang berkerlip cantik
Dalam pasu tidak kelihatan
Bila terkenang diri cik adik
Letih lesu rasa badan
Rama-rama selembut baldu
Bebas laksana layang-layang
Sama-sama menanggung rindu
Tidur  tak lena makan tak kenyang
Menjamu tamu dipagi raya
Penangan sura rasanya tawar
Hendak bertemu apakan daya
Hanya suara menjadi penawar
Dinda cantik tinggi lampai. 
Dada bidang rambut mengurai. 
Putih melepak lembut gemalai. 
Kekanda melihat rasa terkulai
Walau bunga kembang setaman
Bunga mawar masih dipuja
Walau ramai menjadi teman
Dalam hatiku dinda sahaja
Hendak kusukat air madu
Dari guri kedalam loyang
Semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang
Gilang gemilang pelamin diraja
Bersesak-sesak rakyak disitu
Kenapa dinda bermuram durja
Kanda resah dinda begitu
Pohon selasih tumbuh melata
Tumbuh diperdu pokok sena
Sepasang kekasih mabuk bercinta
Siang merindu malam merana
Buah kuini jangan dipegang
Barangan juadah bersama selasih
Saya ini orang nan dagang
Adakah orang membalas kasih
Tinggi-tinggi burung merbuk
Terbang melayang ketanah rata
Hati teringat mulut menyebut
Wajah terbayang di depan mata
Hujan basah habis basah
Sejuk mengeletar tidak mengapa
Sudah lama kita berpisah
Baru kini kita berjumpa
Bunga saya bunga Melati
Bunga-bungaan harum baunya
Kasih saya sepenuh hati
Kasih tuan mana hinggapnya?
Pungguk terbang diawan-awanan
Hampir tak terlihat dek mata
Kalau hati rindu-rinduan
Rindu dihati meronta-ronta.
Budak sekolah berbekalkan susu
Pergi berkelah mengutip lokan
Mengapa adik diam membisu
Kalau salah harap maafkan

Pantun Pengantin | Pantun Berkasih | Pantun Nasihat
Pantun Berpisah | Pantun Merisik | Pantun Aidilfitri | Pantun Internet | Pantun Pelbagai



 
 
 
 
 
 
Apa diharap padi sebendang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entah dimakan pipit melayang
Tidak tega terik mentari
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entahkan sudah milik orang.
Awak juga menggigit jari.
Rujukan mengenai pantun.

1. Mengarang pantun.
2.http://www.ib.edu.my/bm_net/sastera/Pantun.htm
3. Puisi Zaman
 

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:  Sesiapa yang tidak sayang kepada manusia, Allah tidak akan sayang kepadanya. 

Hadis riwayat Iman Muslim.

Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
(Sastera Melayu lama dan baru., Annas)

Hakcipta 2000-2003 © Mohamed Yosri Mohamed Yong

Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah ciptaan dan hakmilik
Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya melainkan apabila dinyatakan sebaliknya.
Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan
dengan syarat menyatakan akuan pengarang.

http://w3.spancity.com/yosri

Fight Spam! Click Here!
mohamedyosrimohamedyongmohamedyosrimohamedyong